Bukit Besar Terengganu


13 Disember 2016

Untuk pengetahuan Bukit Besar ni merupakan kawasan tanah tinggi yang dikira paling tinggi lah di daerah Kuala Terengganu (anggaran 700-800 meter dari aras laut). Zaman dulu kala daerah Kuala Terengganu memang mempunyai banyak kawasan bukit dan tanah tinggi. Sebab itu lah jika anda ke sini, anda akan biasa terjumpa signboard yang ada perkataan 'Gong'. Gong itu bermaksud tanah tinggi dan di Kuala Terengganu ni banyak tempat yang bernama Gong berbanding daerah lain. Contohnya ialah Gong Badak, Gong Tok Nasek, dan macam macam lagi. Bukit pula merujuk kawasan bukit la yang mana lebih tinggi daripada gong.





Bukit Besar ni kekal tak berubah dari dulu hingga kini. Yang bertambahnya ialah menara pemancar telekomunikasi hehehe.. untuk pengetahuan anda semua yang belum menjejak kaki ke Kuala Terengganu. Bukit Besar merupakan tempat di mana segala pemancar telekomunikasi ditempatkan. Selain itu faktor yang menyebabkan Bukit Besar ni dikenali ramai ialah adanya papan tanda besar ALLAH PELIHARAKAN LAH TERENGGANU.




Pemandangan paling cantik tatkala  berjoging awal pagi kalau rezeki dapatlah tengok matahari terbit dari ufuk timur. Tapi aku masih lom sempat nak tengok matahari itu.....hahahaha mana tak nye datang lewat sokmo....

Bukit Besar ini juga menjadi daya tarikan utk beriadah sbbnye...korang boleh tgk pemandangan giler lawalagi  syantik dan udara pun sepoi-sepoi sejuk tapi tak der la over sesejuk mana seperti Cameron dan Genting Highlands. Pemandangan paling cantik tatkala kita pergi berjoging pada awal pagi di mana kita dapat melihat matahari terbit dari ufuk timur. Manakala sebelah senja pula matahari terbenam di ufuk barat. Barangkali itu lah daya penarik nya.


Puncak paling tinggi la rasanya..... kat pencawang nie....


#hikinggeligelijer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gunung Angsi via Bukit Putus 26 Ogos 2018 Assalammualaikum....hi yowww den kat nogori nie...😅 Lama xhiking gunung....last awal ...